top of page
Search

Peranan Hormon Terhadap Kulit Semasa Menopause


Menopause

Kulit anda sering menjadi cermin kepada perubahan hormon. Ketika hormon estrogen menurun semasa perimenopause dan menopause, ramai wanita mula mengalami kulit kusam, kering, kendur dan kadang-kadang jerawat dewasa.


Bagaimana Estrogen Mempengaruhi Kulit: Estrogen membantu:

  • Menghasilkan kolagen – menjadikan kulit anjal dan tegang

  • Mengawal kelenjar minyak – mengekalkan kelembapan kulit

  • Menebalkan kulit – memberi struktur dan keanjalan

  • Melancarkan peredaran darah – menambah seri wajah

Apabila estrogen menurun, kulit menjadi lebih nipis, kering dan sensitif. Garis halus lebih ketara dan proses pemulihan menjadi lambat.


Masalah Kulit Umum Semasa Menopause:

  • Kulit kering dan menggelupas

  • Kehilangan keanjalan dan kekenduran wajah

  • Garis halus dan kedutan mendalam

  • Kulit mudah sensitif dan gatal

  • Jerawat hormon (sekitar dagu dan rahang)


Apa Yang Anda Boleh Lakukan:

  • Gunakan pelembap yang kaya dengan hyaluronic acid dan ceramide

  • Amalkan retinol dan peptida untuk merangsang kolagen

  • Pakai pelindung matahari setiap hari

  • Ambil fittoestrogen secara oral dan sapuan

  • Minum air secukupnya dan makan makanan sihat


Bagaimana Nomeno Enhanced Menyokong Kesihatan Kulit

Nomeno Enhanced membantu menstabilkan hormon secara semula jadi. Ia mengandungi fittoestrogen tumbuhan 100% yang menyokong kelembapan kulit, keanjalan dan mengurangkan penipisan akibat kekurangan hormon.


Kelebihannya termasuk:

  • Menyokong penghasilan kolagen

  • Menstabilkan kelembapan semula jadi kulit

  • Menggalakkan keanjalan dan seri kulit

  • Bebas bahan kimia sintetik dan disahkan Halal

Dengan kestabilan hormon yang lebih baik, kulit akan kelihatan dan terasa lebih sihat dan segar pada setiap peringkat usia.


Untuk informasi lebih lanjut mengenai Nomeno Enhanced dan bagaimana suplemen ini dapat membantu Anda dalam menghadapi gejala menopause, kunjungi www.nomenosg.com, hubungi kami di 8792 0988, atau email ke branding@myagenc.com.


Ambil kendali atas perjalanan menopause Anda sekarang!


Menopause

Comments


bottom of page